|
[ B E R I T A ]
Produk Natasya Berkualiti, Selamat Digunakan
Para pengguna produk Natasya adalah dimaklumkan bahawa semua produk Natasya yang asli adalah selamat untuk digunakan, tanpa mengandungi sebarang bahan yang boleh memudaratkan.
Adalah menjadi polisi syarikat untuk menggunakan bahan yang selamat dan melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak berwajib.
Namun begitu, kami mengenal pasti terdapat produk tiruan yang berada di pasaran yang menggunakan jenama Natasya tetapi tidak dikeluarkan oleh syarikat kami. Produk seumpama ini adalah tidak menepati piawaian kualiti produk Natasya yang dijamin selamat.
Untuk itu. kami menyeru semua pengguna agar berwaspada dengan produk tiruan dan dapatkanlah barangan Natasya daripada stokis yang sah sahaja.
Terima kasih atas sokongan anda semua!
|