1.
Kenapa muka saya mengalami pengelupasan?
Di awal penggunaan kebanyakan pengguna Natasya akan mengalami masalah pengelupasan namun pengelupasan yang berlaku tidaklah begitu teruk. Selalunya pengelupasan akan berlaku di sekitar hidung dan tepi bibir serta nipis sahaja. Kadang-kadang pengelupasan yang teruk berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan ketidaksesuaian penggunaan produk sebelum ini dan penggunaan produk Natasya. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan sebelum menggunakan produk Natasya, berhenti terlebih dahulu penggunaan produk lain selama 3 – 5 hari bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk.
2.
Kenapa muka saya kelihatan kemerah-merahan?
Kesan kemerahan merupakan tindakbalas biasa dalam tempoh 2 – 3 minggu. Pada masa ini kulit muka dalam proses pemulihan. Adalah dinasihatkan agar menggunakan krim herba secara nipis dan ketika muka dalam keadaan lembap
3.
Bagaimana nak mengatasi masalah tersebut?
Bagi mengatasi masalah pengelupasan dan kemerahan, disarankan agar lapkan muka dengan ais batu yang diletakkan ke dalam kain atau menggunakan Vitamin C Serum. Lap muka sehingga muka rasa sejuk.
4.
Bolehkah wanita mengandung menggunakan produk Natasya?
Jangan bimbang kesemua produk penjagaan muka Natasya boleh digunakan oleh wanita mengandung. Wanita mengandung tidak digalakkan menggunakan produk-produk Natasya tersebut:
1. Panty liner Herba Xtra Care
2. Gamat Plus.
5.
Apakah perbezaan diantara Natasya Herba dan Natasya Gold?
Perbezaan di antara Natasya Herba dan Natasya Gold ialah:
1. Natasya Gold menggunakan kaedah teknologi Nano
2. Natasya Gold menggunakan bahan-bahan kandungan yang lebih bermutu tinggi
3. Natasya herba menggunakan bahan kandungan herba.
6.
Apakah itu teknologi Nano?
Teknologi Nano ialah proses pengewapan berulang-ulang kali sehingga menghasilkan produk yang betul-betul halus dikenali dengan saiz nanometer bagi memudahkan produk tersebut meresap ke dalam kulit dengan cepat sekaligus menjaga kulit muka dari dalam.